Thursday, August 6, 2009

TIDAK INGIN AKU MENIPU..

tidak ingin aku menipu,
bahawa realitinya ini aku insan yang begitu
kecewa,
namun apakan daya,
aku tidak ingin menipu sekeping hati,
yang telah lama aku lindungi,
jika aku katakan..aku tidak terluka,
bukankah luka di hati tidak nampak dan
mengalirkan darah yang tidak berwarna?

tidak ingin aku menipu,
pada sekeping hati yang ingin
aku bertingkah adil dengannnya
dan juga sebagai selaku pemilik
kepada sekeping hati,
aku tidak ingin melukakanmu
dan akan berusaha melindungimu..

0 comments: