Monday, November 28, 2011

SEKETIKA INI..


Seketika ini..
aku..hanyut.
dibuai angin serta ombak..
hanya membiarkan angin menyapa seluruh tubuhku..
namun hanya jasadku disitu..
sedangkan pandangan ini bagaikan tiada noktahnya disebalik
dan hujung laut ini..

hanya jasadku disini
fikiranku melayang-layang..
pernah ku lontarkan satu soalan pada pantai..

kenapa setiap kali ombak datang mesti menghempas pantai?
dan setiap kali itu..pantai hanya diam membisu..
kau pergi..dan kau datang kembali...
dan pantai masih setai kekal disitu...

pantai..walaupun kau disakiti,,
kau masih setia..
dan kau..
walaupun menyakiti,
kau masih tetap kembali..
adakah ini maksudnya saling memerlukan..
kadang-kadang hanya terus memberi
tanpa menerima kembali...?

Wednesday, April 14, 2010

ADAKAH INI PELABUHAN TERAKHIRKU...


Adakah ini pelabuhan terakhirku...
malam semakin kelam,
ditambah kesepian,
sukar bagiku untuk menjemput mimpi
kemana lena ku pergi,
kubicara sendri
agar terhapus sepi
sejak berkurun ku menjemput rindu.
haruskah aku menunggu...


aku masih setia di sini...
namun..
aku terfikir..
adakah ini destinasiku yang terakhir..
akan berlabuhkah aku di sini...
ataupun...
haruskah aku mengorak langkah pergi...
kerana..
di sini bukan milikku...lagi....
bukan di sini...
yang pasti...






Monday, March 29, 2010

OH...HUJAN...

..

OH hujan...
aku bersandar di dinding..
berhamparkan tilam,
merenung di kaca tingkap..
hujan yang turun..
seakan memahami aku..
yang mengalirkan air mata yang tak kelihatan
pada zahirnya..

hanya sama lebat seperti
rintihannya di hatiku...

aku ingin letih..
seperti ingin aku mengalah sahaja..

aku lelah..
seperti aku ingin berhenti di situ juga..

kupujuk-pujuk hati...
ku bawa setenang-tenangnya..
agar apa yang telah lama aku impikan
mampu aku genggam segalanya...

ku dengar rintihan hati..
agar masih mampu
bertahan dengan seluruh sanubari...
agar perjuangan ini tidak berakhir di sini...

kutatang sekeping hati ini..
kerana sudah banyak terluka ini...
mungkin air mata hati lebih banyak
mengalir dari air mata zahirku ini....



....hanya tunggu dan saat waktunya..
aku pasti bebas dari segalanya...
ku pohon padamu hati.....

sudikah kau...menuggu aku di hujung penantian itu nanti?

Friday, February 19, 2010

DI MANAKAH SILAPNYA...

Kadang kala aku tertanya-tanya,
sungguh dunia kurniaan Ilahi terbentang luasnya
tidak terkira...
aku ingin sekali merenung keindahannya..
menerokai seluruh pelosok dunia..
ingin mengutip mutiara ilmu yang tidak ternilai harganya..
ingin menghirup secangkir angin yang tidak
terkata...
ingin menikmati bebuih ombak yang datang menyapa...
ingin memejam mata apabila melihat
panaorama yang terbentang luasnya...


moga sepanjang perjalanan ini,
yang penuh liku kehidupan ini..
yang kadangkala aku ini tersesat..
dan cuba mencari kembali kebenaran..
dan cuba kembali mendapatkan paksinya kembali...

dan yang pasti tidak ingin kuulang kembali..
di manakah silapnya..
dimanakah.... silapnya..
dimanakah..

Tuesday, February 2, 2010

PERJUANGAN TERAKHIR...

Aku cuma hanya mengharapkan,
sebuah kekuatan...
moga diberi kekuatan untuk melalui
sepanjang hayat dan kehidupan ini...
moga apa yang kulalui ini bukan dipangil derita,
kerana aku malu hanya untuk mengakui
bahawa ia telah menjadi penghalang
dalam laluan perjalanan hidupku,
walaupun ianya cuma sebagai batu-batu kecil,
bukankah ianya akan membuatkan aku
mencuba dan terus mencuba mencari jalan
lain untuk sampai ke destinasinya...


walaupun berseorangan,
tidak ku gentar untuk melalui lorong yang
penuh berliku ini...
kerana aku sudah biasa dilukai..
mahupun dikhianati..
bagiku ianya sudah tiada erti lagi...
jangankan memberi kesan...
menjadi bayang pun aku sudah
mampu memisahkan dari jasad yang masih bernyawa...

Wednesday, December 9, 2009

SAYANG, DIA YANG KAU CINTAI...

Sayangnya,
dia, yang kau cintai...dengan sepenuh hati,
dan aku berdiri merenung dari kejauhan,



Sayangnya,
dia, yang mendapat tempat teratas dan  paling istimewa
di hatimu,
dan aku masih mampu menghadiahkan secangkir senyuman,


Sayangnya,
dia, yang kau kata...menjadi bayang-bayangmu,
dan aku cuma membisu cuma,,


Sayangnya,
bila kau kata aku ini adalah satu kesilapan,
hatiku bagai direjam sepahit hempedu,

bila kau kata aku ini hanyalah satu persinggahan,
hatiku ini bagaikan dihiris-hiris dengan sembilu,

bila kau kata cinta yang kau beri padaku hanyalah satu sandiwara...
entah mengapa air jernih mengalir
di pipiku tanpa henti-henti...

cukuplah di sini kau berkata-kata..
kerana aku sudah tiada di saat itu juga!!!

Tuesday, November 10, 2009

PERCATURAN CINTA...

kasihannya dia..
masih setia di tepi pantai..
cuba menahan sendu,
cuba mempamerkan sebuah senyuman..


siapa tahu..
dia kecewa sebelum bercinta..
belum sempat menikmati manisnya sebuah cinta..

Tuhan,
lindungilah sekeping hatinya..
moga tiada lagi luka yang bertandang,
moga tiada lagi kata yang mampu menghiris
sekeping hatinya

sesunguhnya dia sudah tiada daya lagi,
untuk melindungi sekeping hati miliknya..
yakni hati pemberian Mu YA ALLAH..
hati..pemberianMu yang paling berharga YA ALLAH...
sebagai pemiliknya dimuka bumi ini..
pemilik yang sementara..
dia gagal melindunginya...sekeping hati itu.
aku pohon padaMu YA ALLAH...
kau lindungilah sekeping hati itu..
moga tiada air mata yang mengalir lagi selepas ini..


YA ALLAH...
tunjukkanlah padanya..
masih ada warna pelangi yang bakal
melakar di hatinya..
katakanlah padanya...
mentari yang muncul di kaki langit itu,,
membawa harapan..
ombak yang menyapa merupakan
teman yang datang menyapa,
angin yang lalu itu...
tidak pernah kosong tanpa
membawa pengertian...

bahawa ....